Shinzo Abe Sumbangkan Masakaki kepada Yasukuni Jinja

2019-04-21 16:22:44  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyumbang bahan pemujaan yang dinamakan "masakaki" kepada Yasukuni Jinja hari ini.

Shinzo Abe pernah menziarahi Yasukuni Jinja pada tahun 2013. Walaupun tidak melakukan aktiviti seumpama itu selepas itu, namun Abe sentiasa menyumbang pemujaan pada upacara persembahan musim bunga dan musim gugur setiap tahun kepada Yasukuni Jinja.

Yasukuni Jinja mengadakan majlis pemujaan musim bunga pada 21 hingga 23 April ini. Sejak sekian lama, sesetengah politikus Jepun menziarahi Yasukuni Jinja mengakibatkan hubungan Jepun dengan negara-negara Asia termasuk China dan Korea Selatan menjadi tegang.       

胡星