Pameran "5G+4K" Buka Tirai

2019-04-22 11:41:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_c91fad42-5dea-411e-bb9e-be959688a478

Pameran teknologi aplikasi media Forum Inovasi Penyiaran Antarabangsa "5G+4K" membuka tirai di Beijing semalam.

Pelbagai teknologi dan kemudahan canggih dipertontonkan termasuk penghasilan "5G+4K+AI" Kumpulan Media China (CMG), penggambaran 8K Sony, teknologi "5G+4K" Huawei dan penggunaan 5G di rumah.

Pameran anjuran CMG bersama Komuniti Media Jalur dan Laluan serta pembekal perkakasan berprestij, menyediakan platform kepada media untuk memaparkan teknologi paling maju dan menjalankan kerjasama.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_61cdb206-5067-4aaf-811f-c9d13a14478c

CMG merebut peluang daripada era 5G untuk membuat inovasi sejak ditubuhkan lebih setahun lalu.

Antara hasilnya termasuk menubuhkan platform media baharu 5G peringkat negara, merealisasikan penghasilan video definisi ultra tinggi 4K secara bersepadu dan penghantaran melalui jaringan 5G serta membuka saluran satelit 4K, semua yang pertama di negara ini.

张弘