Sanya Sasar Hab Perbelanjaan Pelancongan

2019-04-22 13:54:50  CRI
Share with:

Sanya di provinsi Hainan, bandar pelancongan antarabangsa yang berdaya tarikan istimewa dengan keindahan pantai tropika. 

Sanya kini menyasarkan status sebagai zon teras hab perbelanjaan pelancongan antarabangsa dengan mengoptimumkan kelebihan sendiri.

Pada 2018, Sanya menerima kunjungan lebih 22 juta pelancong. Pada suku pertama tahun ini, jumlah pelancong bermalaman dijangka mencecah 6.11 juta, meningkat 9.7% berbanding tempoh sama tahun lepas. Antaranya, 175 ribu pelancong asing, naik 12.7%. 

Kedatangan pelancong menjana pendapatan hampir RMB18 bilion (RM11 bilion), bertambah 10.3%.

张哲