BRI Diutamakan Pemimpin ASEAN

2019-04-23 14:25:11  CRI
Share with:

Pemimpin dari 37 negara akan menghadiri sidang meja bulat sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan yang dijadualkan pada 25 hingga 27 April di Beijing.

Kehadiran pemimpin sepuluh negara ASEAN menggambarkan keeratan hubungan China dengan blok itu serta sokongan terhadap BRI.

Dalam masa enam tahun lalu, kerjasama berorientasikan BRI antara China dengan ASEAN telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Pada tahun lepas, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencecah USD587.9 bilion (RM2.43 trilion), menjadikan China rakan dagang terbesar ASEAN selama sepuluh tahun berturut-turut manakala ASEAN rakan dagang ketiga terbesar China untuk lapan tahun.

China sumber pelancong asing paling besar bagi ASEAN. Kedua-dua pihak juga sumber pelaburan asing penting bagi satu sama lain, dengan jumlah pelaburan melebihi USD200 bilion (RM825 bilion) setakat akhir tahun lalu.

Projek kerjasama BRI di negara-negara ASEAN diberi perhatian ramai, antaranya landasan kereta api laju Jakarta-Bandung, landasan kereta api China-Thailand, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia dan pelabuhan Kyaukpyu Myanmar.

Walaupun pernah wujud perbezaan pendapat dalam pelaksanaan projek tersebut, namun beransur-ansur rungkai melalui usaha bersama. Rasa saling percaya bertambah kukuh, sementara prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi semakin bertapak di sanubari masyarakat.

张哲