Tidak Terlibat Terlepas Peluang

2019-04-24 14:21:43  CRI
Share with:

Ketidakterlibatan dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menyebabkan AS terlepas banyak peluang pembangunan, malah merugikan usaha sejagat.

Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai dalam rencana pengarang yang diterbitkan majalah Fortune menyatakan setakat ini, China telah memeterai perjanjian kerjasama BRI dengan 126 negara dan 29 pertubuhan antarabangsa, melibatkan perdagangan melebihi USD6 trilion (RM24.8 trilion). Pelaburan China ke negara-negara terlibat mencatat lebih USD80 bilion (RM331 bilion) dengan cukai dan bayaran kira-kira USD2 bilion (RM8.3 bilion), sekali gus mencipta 300,000 peluang kerja.

Dalam lima tahun sejak BRI diperkenalkan, tiada negara terperangkap dalam krisis hutang kerana penglibatan dalam BRI, sebaliknya pembangunan ekonomi dirangsang di banyak negara.

Cui berkata BRI membawa limpahan peluang kepada entiti komersial AS. Honeywell, General Electric, Caterpillar dan Citibank telah pun melibatkan diri dalam BRI. China mengalu-alukan lebih banyak syarikat negara itu mengambil bahagian.

Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan kedua akan dirasmikan di Beijing esok. Cui menyatakan BRI akan makin lengkap dalam proses pelaksanaannya hingga mewujudkan pembangunan berkualiti menerusi kerjasama pragmatik.

张弘