Xi: Hasil BRF Pertama Dilaksanakan dengan Lancar

2019-04-26 10:57:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama bertajuk "Sinergi Membangunkan Masa Depan Inisiatif Jalur dan Laluan" pada majlis perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua di Beijing pagi tadi. 

Menurut beliau, inisiatif untuk membinaan bersama Jalur dan Laluan (BRI) adalah untuk mewujudkan kesalinghubungan dan situasi menang-menang serta menggapai pembangunan bersama.

Tambah beliau, dengan kerjasama baik pelbagai pihak, hasil BRF pertama telah dilaksanakan dengan lancar yang menyaksikan sebanyak lebih 150 buah negara dan pertubuhan antarabangsa telah memeterai perjanjian kerjasama dengan China untuk membina bersama BRI. 

Saranan pembinaan bersama BRI juga adalah selaras dengan rancangan pembangunan dan kerjasama pertubunan antarabangsa dan serantau termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, Kesatuan Afrika, Kesatuan Eropah, dan Kesatuan Ekonomi Eurasia.

Presiden Xi turut berkata bahawa saranan tersebut  adalah sejajar dengan strategi pembangunan pelbagai negara dalam meneroka peluang baharu kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dunia, sekali gus menyediakan ruang baharu kepada keterbukaan dan pembangunan China. 

曹捷