Xi Berucap pada BRFIC

2019-04-26 11:36:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124420311_15562555570341n

Presiden Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRFIC) kedua di Beijing hari ini.

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan kerjasama ekonomi antarabangsa yang telah menampakkan limpahan hasil selepas diperkenalkan enam tahun lalu.

图片默认标题_fororder_1124420311_15562555568641n

Dalam tempoh itu, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara BRI mencecah USD6 trilion (RM24.7 trilion), sementara pelaburan melebihi USD80 bilion (RM330 bilion). 

Projek kerjasama BRI turut mencipta hampir 300 ribu peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.

图片默认标题_fororder_1124420311_15562562020151n

BRFIC selama tiga hari dihadiri hampir 5,000 tetamu termasuk pemimpin dari 37 negara dan pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

张哲