BRI Rangka Kerjasama Mampan

2019-04-26 12:54:55  CRI
Share with:
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), rangka kerjasama mampan berprinsipkan berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi yang membantu negara peserta menghadapi cabaran dibawa dunia yang pantas berubah.

Demikian ujar Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRFIC) ke-2.

Beliau menyeru semua pihak terlibat bekerjasama merealisasikan lima matlamat BRI iaitu koordinasi dasar, kesalinghubungan prasarana, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan dan persefahaman rakyat, agar pola dunia baharu dapat dibentuk.
梁靓