China, Laos Sepakat Bina Komuniti Kongsi Nasib

2019-05-01 12:25:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_by3

Presiden China, Xi Jinping menyatakan kesediaan untuk mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib dan membuka era baharu hubungan dua hala, dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Boungnang Vorachith, semalam.


Kedua-dua pemimpin turut menandatangani Pelan Tindakan Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Parti Komunis China (PKC) dan Parti Revolusi Rakyat Laos, bertepatan dengan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_by2

Xi berkata, memperhebat kerjasama pragmatik harus diperhebat demi kedamaian dan kestabilan serantau serta pembangunan bersama. Penyelarasan strategi pembangunan perlu dipercepat sejajar pembangunan koridor ekonomi sementara skala projek teladan landasan kereta api diperluas, agar mewujudkan kesalinghubungan serantau dan kemakmuran bersama.

Kedua-dua negara juga diharap mengintensifkan penyelarasan dalam kerangka pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Asia Timur dan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), hingga menyediakan suasana kondusif kepada pembangunan bersama.

Boungnang pula berkata, pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menjadi platform penting yang mengoptimumkan kesalinghubungan negara terbabit. Laos bersedia bersama-sama China mendorong pembinaan landasan kereta api, menggalakkan pembangunan dan kemakmuran serantau, serta mengembangkan perkongsian strategik komprehensif.

图片默认标题_fororder_by1

高蕾