Xi Jinping akan Berucap pada Persidangan Dialog Tamadun Asia

2019-05-10 12:52:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Dialog Tamadun Asia yang diadakan di Beijing pada 15 Mei.

Demikian diumumkan oleh Naib Ketua Jabatan Publisiti Jawatankausa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xu Lin dalam sidang media di Beijing semalam.

Persidangan yang bertemakan "perkongsian tamadun Asia dan komuniti berkongsi nasib" ini menarik penyertaan 2,000 perwakilan dari 47 buah negara Asia dan rantau lain daripada kalangan politik, kebudayaan, pendidikan, perfileman, kumpulan pemikir, media dan pelancongan. Lebih 110 aktiviti akan diadakan semasa persidangan kali ini.

Xu berkata, China berharap agar hasil tamadun pelbagai negara diwarisi dan disemarakkan melalui wadah ini, selain interaksi antara tamadun yang berbeza dapat ditingkatkan agar menggalakkan kemajuan tamadun umat manusia dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

覃淼