Xi Hadir Karnival Budaya Asia

2019-05-15 22:08:29  CRI
Share with:
Karnival Budaya Asia diadakan di Beijing malam ini, sempena Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC).
 
Presiden China, Xi Jinping ketika berucap merasmikan aktiviti itu menyatakan negara-negara di Asia mempunyai tamadun purba yang sungguh gemilang, dengan menampilkan ciri-ciri tersendiri dan wujud bersama secara harmoni. Kepelbagaian tamadun Asia menjadikan budayanya berwarna-warni dan kekal dinamik.

Katanya, seni akan menjangkaui sempadan bangsa, menyentuh jiwa rakyat dan menghubungkan minda mereka, memaparkan kepada dunia satu Asia yang penuh glamor, dinamik, dan progresif. 

 
Rakyat China dengan ikhlas berharap negara-negara Asia berganding bahu dan saling menolong untuk melangkah ke hadapan ke arah masa depan Asia dan dunia yang lebih indah.  
张哲