Andrea Bocelli Serikan Karnival Budaya Asia

2019-05-15 19:47:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

Penyanyi tenor tersohor dari Itali, Andrea Bocelli akan mempersembahkan "Nessun Dorma", aria klasik daripada opera "Torandot" dalam gala Karnival Budaya Asia di Beijing malam ini.

Ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) petang tadi, Andrea menyatakan bahawa baik beliau sendiri mahupun "Torandot" yang menceritakan legenda puteri China, semuanya mempunyai pertalian  rapat dengan rakyat negara ini. Ini juga kali pertama beliau menyertai acara yang begitu tinggi peringkatnya.

图片默认标题_fororder_2

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Itali. 

Andrea amat gembira melihat pertukaran budaya dan muzik antara kedua-dua negara semakin rancak pada beberapa tahun kebelakangan ini dan menanti-nantikan lebih banyak kerjasama dengan pemuzik China.

Ujarnya, peluang menyertai Karnival Budaya Asia telah memperdalam pemahaman beliau mengenai interaksi dan saling belajar antara tamadun berbeza. 

Beliau berkata, interaksi memainkan peranan penting dalam perkembangan budaya. Muzik bahasa yang tidak mengenal sempadan, mampu menggalakkan persefahaman antara tamadun berbeza, sedangkan persefahaman asas bagi kedamaian, kestabilan dan keharmonian dunia.
 
张弘