Forum Pembangunan FTA di Hainan

2019-05-15 12:53:03  CRI
Share with:
Forum antarabangsa pertama mengenai pembangunan kawasan perdagangan bebas (FTA) akan diadakan di provinsi Hainan pada 21 hingga 22 Mei.

Acara itu untuk menggalakkan pembaharuan dan inovasi FTA, mengkaji pembangunan pelabuhan perdagangan bebas bercirikan China dan memangkin keterbukaan bertaraf tinggi.

Pengarah perdagangan dan pelaburan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Feng Yaoxiang menjelaskan tumpuan forum termasuk peluang kerjasama dan pembangunan FTA serta keterbukaan perdagangan perkhidmatan.

"Cipta Suasana Perniagaan Baik, Bina Hab Baharu Perdagangan Bebas" ditetapkan sebagai tema forum.

 
高蕾