Yakin Mampu Harungi Dugaan

2019-05-15 14:33:16  CRI
Share with:

"China tidak mahu berperang dagang, tetapi tidak takut untuk melawan jika perlu. Perang perdagangan yang dicetuskan AS hanyalah satu rintangan dalam proses  pembangunan China. China yakin mampu mengharungi segala dugaan yang mendatang hingga beroleh masa depan baharu", inilah laporan Kumpulan Media China (CMG) yang menjadi sensasi para netizen.

Selama ini, AS memanipulasikan media antarabangsa untuk melantangkan suaranya sendiri. Pendapat umum juga satu medan pertempuran. 

Laporan CMG pada malam Isnin membolehkan  masyarakat antarabangsa lebih jelas akan pendirian China dan mengundang AS keluar dari ilusi kemungkinan China membuat kompromi dalam  isu berkenaan. 

Reaksi netizen menunjukkan rakyat China mampu bersatu padu tatkala berdepan perbuatan umpama membuli.

徐国玮