Jamuan Rai Tetamu CDAC

2019-05-15 12:41:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124494040_15578469847371n

Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan meraikan tetamu yang berada di Beijing untuk menghadiri Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC), dalam satu jamuan di Dewan Besar Rakyat malam semalam.
   
Xi menyatakan CDAC sesuai dengan trend kerjasama dan pembangunan Asia, juga aspirasi rakyat terhadap interaksi dan saling belajar antara tamadun. 

Beliau berkata, Asia tempat lahir utama tamadun manusia. Tamadun-tamadun di Asia selama ini berinteraksi dalam suasana terbuka, maju bersama-sama berkat keinklusifan dan disemarakkan melalui inovasi hingga gilang-gemilang di pentas dunia.

China membaktikan diri kepada perlindungan dan penyambungan budaya tradisional, menggalakkan interaksi dan saling belajar dengan tamadun lain dan membuat sumbangan kepada kemajuan tamadun manusia. 

Beliau mahu CDAC menjadi titik permulaan untuk menambah seri tamadun berbeza melalui interaksi dan saling belajar.
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓