Yakin Terhadap Iklim Perniagaan China

2019-05-15 14:33:54  CRI
Share with:

China mengalu-alukan syarikat asing menambah pelaburan, di samping komited membina iklim perniagaan yang lebih mantap, adil, telus dan boleh jangka.

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang memaklumkan China naik 32 anak tangga dalam ranking iklim perniagaan Bank Dunia tahun ini. Laporan Dewan Perniagaan AS pula menunjukkan hampir 80% syarikat domestik yang ditinjau berpendapat iklim perniagaan di China bertambah baik atau kekal tidak berubah. 62% melihat China sebagai destinasi pelaburan ketiga paling popular.

Pada Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan ke-2 bulan lepas, China mengumumkan inisiatif baharu untuk meningkatkan tahap keterbukaan. Ini juga antara langkah praktikal untuk menaikkan nama China sebagai tumpuan peniaga.  

徐国玮