Thailand Tumpu Pergeseran China-AS

2019-05-20 15:17:38  CRI
Share with:

Kerajaan, syarikat dan media di Thailand dewasa ini memberi tumpuan kepada pergeseran perdagangan antara China dengan AS, terutamanya terhadap impak yang kemungkinan diundang ekoran situasi makin tegang.

Naib Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak menyatakan impak pergeseran tersebut terhadap ekonomi dunia tentu akan memberi kesan kepada ekonomi Thailand.

Kementerian Perdagangan menjangka, kesannya bersamaan 2.2% hingga 2.6% keseluruhan eksport Thailand tahun lepas.

Menteri penasihat perdagangan Kedutaan Thailand di China, Suthichai Yoon menyatakan selaku pemimpin sebuah negara gergasi, Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan isyarat yang amat jelas kepada seluruh dunia, iaitu China menjunjung perdagangan bebas.

Pada masa yang sama, China sedang menjalin hubungan perdagangan baik dengan lebih banyak negara melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Sebaliknya, AS yang sering menggelar dirinya jaguh kebebasan dan demokrasi, tidak mematuhi peraturan pedagangan antarabangsa. Dalam jangka panjang, ekonomi dunia akan terbeban.

Ketua Jabatan Rundingan Perdagangan Antarabangsa, Auramon Supthaweethum pula berkata, Thailand pengerusi bergilir ASEAN tahun ini. ASEAN akan terus mengekalkan kerjasama melibatkan e-dagang dan teknologi canggih dengan AS dan China, dua rakan dagang paling penting bagi Thailand.

覃淼