Pameran Pendidikan China di Jakarta

2019-05-20 15:12:45  CRI
Share with:

Pameran Pendidikan di China diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa dan Central Park Jakarta pada 18 dan 19 Mei, menarik penyertaan 15 institusi pengajian dari China. 

Pelajar tempatan dari pelbagai lingkungan umur hadir bersama-sama ibu bapa atau rakan sebaya untuk mendapatkan maklumat mengenai prospek pembelajaran di China.

Penganjur, Kolej Cerdas Bangsa Indonesia memaklumkan selain menawarkan maklumat mengenai pembelajaran di China, Pameran turut mengundang wakil  program bakat e-dagang Sekolah Perniagaan Alibaba untuk menjelaskan peluang dalam ekonomi digital. Maklumat disediakan mengenai pembangunan sejagat dalam bidang ekonomi digital serta peluang bagi ekonomi digital Indonesia. 

Sekarang terdapat kira-kira 15 ribu pelajar Indonesia menyambung pendidikan di China, antaranya pelajar bukan keturunan Cina semakin ramai.

曹捷