Siap Sedia untuk Brexit

2019-05-21 15:13:31  CRI
Share with:

Kesatuan Eropah (EU) sedang membuat persiapan untuk pengunduran Britain (Brexit) tanpa perjanjian.

Dalam taklimat media di Cyprus semalam, ketua perunding EU, Michel Barnier menyatakan pihaknya telah memberi Britain "semua pilihan" yang mungkin. EU kini bersiap sedia untuk berlaku Brexit tanpa perjanjian, yang bukanlah pilihan dikehendaki blok itu. Sekarang, Britain haruslah menggalas tanggungjawabnya.

Dalam pada itu, Barnier telah bertemu dengan Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades bagi membincangkan isu pangkalan tentera Britain yang ditempatkan di negara pulau timur Mediterranean tersebut.

Ujar Barnier, adalah menjadi hasrat bersama untuk mengekalkan keadaan sedia ada dan mengelakkan terganggunya kehidupan rakyat di sekitar pangkalan. Segala usaha akan dilakukan untuk matlamat ini.

Selepas mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1960, dua pangkalan tentera diraja dikekalkan di Cyprus, meliputi 254 kilometer persegi atau 3% keluasan negara pulau berkenaan. Rundingan sedang dijalankan untuk memastikan kakitangan pangkalan tentera tidak terjejas akibat Brexit.

胡星