Huawei Terbukti Tiada Salah

2019-05-21 13:23:43  CRI
Share with:

Siasatan yang dijalankan oleh pihak Eropah telah membuktikan Huawei tidak bersalah, sekali gus memperlihatkan AS menyalahgunakan kekuatan negara untuk menyekat syarikat asing.
  
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berujar demikian dalam sidang akhbar di Beijing semalam, mengulas siasatan yang dibuat terhadap dakwaan mengenai pembekal telekomunikasi tersebut.
 
Laporan media Jerman mendedahkan bahawa tiada "pintu belakang" didapati dalam produk Huawei di Britain, Jerman dan Kesatuan Eropah, tetapi wujud "lubang keselamatan" pada kelengkapan Cisco buatan AS. 

Lu Kang mengundang pihak AS memberi respons kepada hal tersebut, namun menyatakan tipis harapannya untuk mendapat sebarang jawapan. 

Demi kelebihan dalam persaingan, AS mencemarkan nama baik syarikat asing tanpa memberi bukti kukuh untuk menyokong pertuduhan yang dilemparkan.

张宪