Perjanjian HK-ASEAN Kuat Kuasa Jun

2019-05-21 16:04:53  CRI
Share with:

Perjanjian perdagangan bebas melibatkan Hong Kong dengan Singapura, Thailand, Myanmar, Laos dan Vietnam akan berkuat kuasa bermula 11 Jun, manakala perjanjian pelaburan dengan lima negara ASEAN tersebut pada 17 Jun.

Tarikh mula bagi perjanjian serupa dengan baki lima negara ASEAN iaitu Malaysia, IndonesiaBrunei, Kemboja dan Filipina belum ditetapkan.

Pada 12 November 2017, Hong Kong menandatangani perjanjian perdagangan bebas dan pelaburan dengan negara-negara ASEAN selepas sepuluh pusingan rundingan sejak 2014.

张宪