Jangan Diulang Kesalahan Sama

2019-05-21 11:31:54  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_19b7a629-4a2b-4291-8ea4-a95297bb8293


Tindakan AS menaikkan tarif bagi produk yang diimport dari China telah dikatakan amat mirip dengan dasar perlindungan yang diamalkan negara itu pada tahun 1930an.

Ahli ekonomi Stephen Roach yang juga seorang profesor di Universiti Yale, baru-baru ini menggesa kerajaan Donald Trump menghentikan amalan perlindungannya, mengambil iktibar daripada sejarah dan mengelakkan kesalahan yang sama diulangi.

Roach memberitahu Bloomberg Television bahawa pada Mei 1930, lebih seribu ahli ekonomi menulis surat terbuka bersama kepada presiden ketika itu, Herbert Hoover, bagi menggesa Akta Tarif Smoot-Hawle diveto. Hoover bagaimanapun merasakan diri lebih tahu daripada pakar dan meluluskan rang undang-undang tersebut dengan mengingkari cadangan ahli ekonomi.

Akta Tarif Smoot-Hawley adalah undang-undang perlindungan perdagangan yang dilobi dua ahli kongres. Selepas kelulusan akta tersebut, AS mula mengenakan tarif tinggi terhadap lebih 20,000 jenis produk import. Tindakan itu mencetuskan tindakan balas daripada rakan dagang utama AS malah perang perdagangan global yang akhirnya mengakibatkan pengeksportan AS merudum kira-kira 60% sementara perdagangan sejagat susut dua pertiga. Ahli ekonomi menyifatkan pelaksanaan akta itu faktor utama yang memburukkan kemelesetan pada 1930an. 

Situasi yang sama nampaknya berulang. Pada awal Mei 2018, lebih 1,100 ahli ekonomi bersama-sama mengutus surat kepada Presiden Trump dan kongres, memberi amaran agar jangan melaksanakan dasar perlindungan.

Roach menganggap, sejarah mengajar bahawa AS berdepan bahaya mengulangi kesalahan sama. Kesalahan itu berpunca daripada kedegilan presiden yang tidak mahu mendengar cadangan pakar. 

曹捷