Pertumbuhan Inklusif Fokus Forum Ekonomi Inovatif

2019-05-21 11:37:38  CRI
Share with:

Forum Ekonomi Inovatif 2019 dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 November di Beijing, anjuran bersama Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE) dan Bloomberg. 

Kira-kira 500 usahawan, inovator teknologi, pegawai kerajaan, pakar serta sarjana dari lebih 60 negara dijangka hadir untuk membincangkan cabaran besar yang dihadapi dan penyelesaiannya.

Tadbir urus ekonomi sejagat, perdagangan, sains dan teknologi, pasaran modal, perubahan iklim, pembangunan inklusif dan perbandaran antara tumpuan forum tersebut.

Michael Bloomberg, pengasas Bloomberg L.P dan Bloomberg Philanthropies menyatakan bahawa dunia sedang mengalami perubahan besar, pusat ekonomi dan persekutuan perdagangan baharu sedang dibentuk manakala teknologi baharu sedang mengubah landskap perindustrian. Sebagai respons kepada perubahan drastik ini, Forum Ekonomi Inovatif akan menggalakkan dialog peringkat tinggi dan kerjasama antara kerajaan dengan modal sosial. 

Katanya, dalam perbincangan berkenaan, China komponen yang tidak boleh diabaikan. 

Bekas Naib Perdana Menteri China yang juga Ketua Pengarah CCIEE, Zeng Peiyan menganggap, negara maju dan membangun perlu berganding bahu mengatasi cabaran dan bekerjasama untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang damai, makmur dan indah.

曹捷