Xi Ucap Tahniah Kepada Jokowi

2019-05-22 11:31:52  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutuskan kawat tahniah kepada Joko Widodo (Jokowi) atas kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Indonesia.

Xi menyatakan bahawa sebagai dua negara membangun yang besar, China dan Indonesia berkongsi kepentingan yang luas baik dalam urusan dua dan pelbagai hala malah serantau. 

Dengan memanfaatkan peluang daripada pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kedua-dua negara melakar hasil cemerlang dalam kerjasama pragmatik melibatkan pelbagai bidang pada tahun-tahun kebelakangan ini. 

Kata Xi, hubungan antara China dengan Indonesia telah memasuki fasa baharu pembangunan pesat. Beliau amat mementingkan hubungan antara kedua-dua negara dan mahu terus bersama-sama Presiden Jokowi untuk melonjakkan perkongsian strategik komprohensif ke tahap lebih tinggi demi manfaat negara dan rakyat.

张宪