Ketegangan Perdagangan Beban Pertumbuhan Global

2019-05-22 12:02:04  CRI
Share with:
Laporan Prospek Ekonomi Dunia yang disiarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) di Paris semalam menekankan bahawa ketegangan perdagangan dan kerapuhan kewangan mengancam pertumbuhan ekonomi global.

Laporan tersebut meramalkan ekonomi global tumbuh pada kadar 3.2% dan 3.4% tahun ini dan depan, manakala pertumbuhan perdagangan menurun kepada 2.1% tahun ini, iaitu paling rendah dalam sedekad lalu.

Dalam sidang media pada hari yang sama, Setiausaha OECD, Angel Gurria menyarankan semua pihak terbabit merancakkan perdagangan yang telus, boleh ramal dan berasaskan peraturan.

Tegas beliau, dunia mendapat manfaat daripada perdagangan bebas. Tugas paling mendesak sekarang adalah memastikan perdagangan menyokong pertumbuhan inklusif.

 

高蕾