Dewan Perniagaan China Mynamar Ditubuhkan

2019-05-22 13:23:53  CRI
Share with:

Dewan Perniagaan China Myanmar ditubuhkan di Yangon baru-baru ini, bagi membuka lebih banyak peluang kerjasama dan platform pertukaran efisien untuk syarikat kedua-dua negara.

Pada perasmian, Duta Besar China, Hong Liang menyuarakan harapan agar dewan berkenaan dapat menjadi jejambat yang merapatkan perkongsian kerajaan dengan lingkungan industri dan perniagaan.

Presiden Persekutuan Industri dan Perniagaan Myanmar, Zaw Min Win berkata, Inisiatif Jalur dan Laluan dipercayai mendorong pembangunan komprehensif ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kerjasama teknologi di negara negara yang terlibat.

Katanya, penubuhan dewan tersebut akan menggalakkan perdagangan dan pelaburan, serta memperhebat pertukaran dan saling belajar di kalangan usahawan antara kedua-dua negara Myanmar dan China.

 
高蕾