China Bantu Laos Naik Taraf Sistem Maklumat

2019-05-22 13:35:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_997206b5-72a6-418b-ae7c-6d49ec76f12e

Projek bantuan China bagi menaiktarafkan sistem maklumat Kementerian Industri dan Perdagangan Laos dilancarkan di Vientiane semalam, dalam majlis yang dihadiri wakil kedua-dua pihak.

Kaunselor Perniagaan Kedutaan Besar China, Wang Qihui menyatakan, projek tersebut bantuan penting daripada China selepas pembinaan Pusat Persidangan Negara dan Wisma Pejabat Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), juga hasil konkrit kerjasama dalam bidang teknologi maklumat. Pelaksanaannya akan menyediakan perkhidmatan awam yang mudah, pantas dan mudah diuruskan kepada kementerian terbabit, sekali gus menggalakkan perkongsian maklumat antara kerajaan pusat dan setempat.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_697f968f-a31e-47a6-b3ec-e35e45069809
 

Naib ketua Bahagian Perancangan dan Kerjasama Kementerian Industri dan Perdagangan Laos, Khamsonevanh Phutdavong pula menyatakan projek itu akan meningkatkan keefisienan interaksi dan penyelarasan antara jabatan kerajaan pelbagai peringkat, mengoptimumkan suasana perniagaan dan integrasi ekonomi serantau, selain membantu merealisasikan strategi pembangunan teknologi komunikasi maklumat (ICT). 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_57137828-ce8d-413e-8b89-c644e51560ea
  
Majlis pelancaran turut dihadiri Naib Menteri Industri dan Perdagangan Laos, Somchit Inthamith serta kira-kira 100 tetamu lain.

曹捷