Usaha Kawal Pencemaran Berhasil

2019-06-03 15:13:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_8fa1f85b-d0d9-4a72-8ff0-be7b8fcef9d1

China telah mencapai kemajuan besar dalam usaha menangani pencemaran udara, dan menyediakan pengalaman yang boleh ditimba negara membangun lain.

Demikian dinyatakan Pengarah Eksekutif Program Persekitaran Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Jorce Msuya sempena Hari Persekitaran Dunia.

Bekerja dan hidup di China selama empat tahun, Msuya menyaksikan kualiti udara negara ini semakin baik.

Beliau menyatakan kemajuan tersebut adalah berkat kesungguhan pihak berkuasa China memupuk kesedaran melindungi bumi dan alam sekitar di kalangan masyarakat serta memastikan setiap langkah yang diperkenalkan dilaksanakan secara berkesan.

Di samping itu, kerajaan China juga memperkenalkan dasar bagi menggalakkan syarikat pembuatan dan perindustrian berat menjalankan transformasi dan menggunakan tenaga bersih.

高蕾