China Bukanlah "Kuasa Revisionis"

2019-06-04 16:31:09  CRI
Share with:

Pertuduhan tidak berasas oleh Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa China "kuasa revisionis" yang menjejaskan sistem antarabangsa, tidak boleh diterima.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam, susulan tuduhan seumpama itu yang dimaktubkan dalam Laporan Strategi Indo-Pasifik (IPSR) pertama yang disiarkan Pentagon dalam laman sesawangnya pada 1 Jun.

Geng menyatakan selaku penjaga orde antarabangsa, China negara pertama yang memeterai Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), juga antara lima anggota tetap Majlis Keselamatan yang menghantar paling banyak pasukan pengaman.

Selain itu, China telah menganggotai lebih 100 pertubuhan antarabangsa antara kerajaan dan menandatangani lebih 500 perjanjian pelbagai hala.

Bagaimanapun, AS yang menekankan peraturan, sering mengamalkan unilateralisme, faham perlindungan dan perbuatan umpama membuli. Ini terbukti dengan penarikan balik AS daripada Perjanjian Perubahan Iklim Paris, Perjanjian Nuklear Iran, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC).

Sebagai anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), AS pula melanggar peraturan perdagangan multilateral dan kerap bermain percaturan tarif.

 

高蕾