Hubungan China, Rusia pada Tempoh Paling Baik

2019-06-05 14:05:36  CRI
Share with:
Perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara China dengan Rusia kini berada pada tempoh paling baik dalam sejarah.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam temu bual bersama agensi berita ITAR-TASS dan Akhbar Rusia menjelang lawatannya ke Rusia semalam.

Beliau menyatakan kedua-dua negara mempunyai kesalingpercayaan yang kukuh dalam bidang politik, saling menyokong dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras, di samping menjalankan kerjasama signifikan dalam segenap aspek.

Menyentuh prospek ekonomi China, Presiden Xi berkata ekonomi China mengekalkan momentum baik dengan penunjuk-penunjuk utama kekal pada julat munasabah. China berkeyakinan mampu menangani pelbagai risiko dan cabaran.

Tambah beliau, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memfokuskan kesalinghubungan dan kerjasama pragmatik untuk menghadapi pelbagai cabaran dan mewujudkan pembangunan bersama. BRI dan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) menyasarkan untuk merangsang pembangunan negara dan serantau serta menggalakkan keterbukaan dan kerjasama.

 

张哲