Xi Terima Ijazah Doktor Kehormat SPBU

2019-06-07 11:05:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124594166_15598726962981n

Presiden China, Xi Jinping menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Kebangsaan Saint Petersburg (SPBU), dalam satu majlis yang turut dihadiri Presiden Rusia, Vladimir Putin malam semalam.

Pada April lalu, Putin telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Tsinghua di Beijing dengan ditemani Presiden Xi.

Presiden Xi lulusan Universiti Tsinghua, manakala Putin lepasan SPBU.

Xi dalam ucapannya pada majlis tersebut menyatakan pemberian ijazah doktor kehormat kepada pemimpin satu sama lain mencerminkan kerancakan pertukaran pendidikan dan sosiobudaya kedua-dua negara, juga memperlihatkan betapa tinggi tahapnya hubungan bilateral.

Beliau berharap kedua-dua pihak terus meningkatkan interaksi dan kerjasama, mempromosi budaya unggul masing-masing serta memupuk lebih banyak bakat cemerlang untuk pembangunan negara.

张弘