Jepun Sedia Mainkan Peranan dalam Redakan Ketegangan Asia Barat

2019-06-13 13:28:03  CRI
Share with:

Jepun bersedia memainkan peranan dalam usaha meredakan ketegangan di kawasan Asia Barat. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berujar demikian ketika menjalankan lawatan ke Iran semalam.

Abe yang tiba di Teheran semalam merupakan Perdana Menteri Jepun yang pertama melawat Iran selepas revolusi Islam di negara itu. Pada hari yang sama, dalam sidang media bersama-sama dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani, Abe berkata, kedamaian dan keamanan di kawasan Asia Barat amat penting bagi dunia, dan Jepun besedia memainkan peranan dalam usaha meredakan ketegangan serantau. Tambah beliau, Jepun mengalu-alukan kerjasama Iran dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan berharap Iran dapat terus melaksanakan perjanjian nuklear yang berkenaan.

Rouhani menyatakan, Iran berharap terus memelihara perjanjian nuklear berkenaan, dan berharap menjalankan kerjasama dengan Jepun dalam bidang penggunaan nuklear untuk tujuan damai. Rancangan Jepun yang hendak meneruskan perdagangan petroleum dengan Iran dilihat akan dapat mengintensifkan hubungan bilateral. Ketika membicarakan hubungan dengan Amerika Syarikat, Rouhani menyatakan Iran tidak mahu melancarkan perang, namun pasti akan bertindak  balas apabila terkena pencerobohan ketenteraan. 
 

曹捷