China, Kyrgyzstan Tingkatkan Kerjasama dalam Pelbagai Bidang

2019-06-13 11:48:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124615086_15603662172651n

Presiden China, Xi Jinping selepas tiba di Bishkek malam semalam waktu tempatan, turut diundang ke pejabat Presiden Kyrgyzstan, Sooronbay Zheenbekov untuk mengadakan pertemuan yang mesra.

Presiden Xi menyatakan, sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 27 tahun yang lalu, hubungan bilateral China-Kyrgyzstan telah mencapai perkembangan yang cukup baik, terbukti dengan peningkatan kesalingpercayaan politik, kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan, kebergantungan dalam menangani isu keselamatan dan koordinasi yang erat dalam arena antarabangsa. China bersedia berkongsi pengalaman tadbir urus negara dengan Kyrgyzstan untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama. 

Kerjasama kedua-dua pihak dalam pembinaan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI) semakin diperkukuh. China bersedia berusaha bersama-sama Kyrgyzstan mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif agar membuahkan hasil yang semakin banyak sekali gus membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara. Kedua-dua negara juga diharap mengeratkan kerjasama dalam rangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Interaksi dan Langkah Membina Keya­kinan di Asia (CICA), mengekalkan multilateralisme, bersama-sama menentang fahaman perlindungan dan unilateralisme, dan menyumbang kepada usaha mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Zheenbekov pula menyatakan, Kyrgyzstan menyokong dengan teguh langkah-langkah yang diambil China bagi memelihara kestabilan Xinjiang dan memerangi kegiatan pelampau. Kyrgyzstan mementingkan pengaruh China dalam urusan antarabangsa, bersedia mengintensifkan kerjasama saling untung yang melibatkan pelbagai bidang dalam rangka BRI, merancakkan perkembangan hubungan bilateral dengan memanfaatkan pembangunan ekonomi yang pesat di China. 

 

图片默认标题_fororder_1124615069_15603627029251n

 

曹捷