China Destinasi Pelaburan Asing Kedua Terbesar Dunia

2019-06-13 14:11:02  CRI
Share with:

AS tetap destinasi pelaburan asing terbesar di dunia. Modal asing yang memasuki pelbagai entiti ekonomi membangun di Asia meningkat 4%. Ini menjadikan Asia wilayah pelaburan asing paling hangat. Pelaburan asing langsung(FDI) ke China juga meningkat kira-kira 4% pada tahun 2018, mencatat USD139 bilion (RM578 bilion), dan membantu China kekal destinasi pelaburan asing kedua terbesar dunia.

Demikian dinyatakan dalam "Laporan Pelaburan Dunia 2019" yang diumumkna oleh Persidangan Perdagangan dan Perkembangan PBB (UNCTAD) semalam.
Laporan tersebut menyatakan bahawa FDI sejagat menurun untuk tiga tahun berturut-turut. Ekoran pengaruh dari dasar cukai AS dan beberapa entiti ekonomi memperketat pemeriksaan terhadap pelaburan asing, FDI sejagat pada tahun 2018  menurun 13% berbanding tahun 2017, dengan mencatat USD1.3 trilion (RM5.4 trilion).

张弘