Eksport Buah-buahan Thailand ke China Tingkat 150%

2019-06-13 13:51:40  CRI
Share with:
 
Menurut data diumumkan Kementerian Perniagaan Thailand semalam, eksport buah-buahan segar ke China telah meningkat 152.7%, dengan nilainya mencatat USD 668 juta (RM2.78 bilion) dari Jan hingga April lalu.
 
Pegawai kementerian tersebut menyatakan bahawa pelancong China yang kian ramai bukan sahaja mendatangkan keuntungan pelancongan yang besar, malah membantu mempromosi buah-buahan Thailand yang tipikal seperti durian, manggis dan buah longan dalam kalangan pengguna China.
 
Menurut statistik berkenaan, antara buah-buahan segar dieksport Thailand ke China dalam empat bulan pertama tahun ini, durian menduduki tempat pertama dengan nilai eksportnya mencatat USD418 juta (RM1.74 bilion).
张宪