Yang Sebarkan Khabar Angin Bukan China dan Rusia, Melainkan AS

2019-06-13 12:56:42  CRI
Share with:

Media melaporkan bahawa Penolong Presiden AS bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara, John R. Bolton baru-baru ini menfitnah Rusia, China dan Korea Utara sedang menyebarkan 'khabar palsu' yang berniat mengada-adakan perselisihan dalam kerajaan AS, khususnya antara Presiden dengan penasihatnya.

Jurucakap Kementerian Luar China Geng Shuang membantah fitnah dari Bolton dalam sidang akhbar semalam bahawa laporan dan ulasan mengenai perselisihan serta suara yang berbeza dalam kerajaan AS kebanyakannya bersumber dari media AS.

Kita masih ingat jelas babawa pada tahun 2003, sesebuah negara mencerobohi Iraq dengan alasan negara itu mempunyai senjata pembunuhan besar-besaran. Ini telah membuktikan siapa yang selalu menyebarkan khabar angin, siapa yang selalu melanggar undang-undang antarabangsa, dan siapa yang selalu menjejaskan ketertiban antarabangsa.

张弘