Ekspo Komoditi Negara Asia Selatan dan Tenggara 2019 sempena Pameran Pelaburan Perdagangan di Kunming

2019-06-13 14:05:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_4464d732-2f9e-4e46-99ad-75844170c76f


Ekspo Komoditi Negara Asia Selatan dan Tenggara 2019 sempena Pameran dan Pelaburan Perdagangan (SSACEIF) dirasmikan di Kunming, Yunnan China semalam.

Sebanyak 3,348 buah perusahaan dari 74 buah negara, kawasan dan pertubuhan antarabangsa serta 20 buah provinsi dan bandar China telah menyertai SSACEIF ini. Dalam tempoh ekspo selama seminggu, sebanyak 14 buah aktiviti akan diadakan termasuk Forum Perniagaan China-Asia Tenggara ke-3, Forum Kumpulan Pemikir China-Asia Selatan dan Tenggara ke-7, Forum Pendidikan Asia Selatan dan Tenggara, Minggu Kesenian Asia Selatan dan Tenggara.

Dalam ekspo tersebut, negara Asia Selatan menunjukkan barang kemas, permaidani, rempah, teh, barangan tekstil dan kraftangan, manakala peniaga dari Asia Tenggara terutamanya mempamerkan produk makanan, buah-buahan, hasil laut, pakaian, aksesori, pakaian tradisional etnik, barang kemas dan kraf tangan buatan mahogani.

 

曹捷