Tokoh-Tokoh Thailand Seru Asia Bekerjasama Hadapi Perlindungan Perdagangan

2019-06-13 13:14:46  CRI
Share with:

Beberapa tokoh kalangan politik dan perniagaan Thailand baru-baru ini menyampaikan pujian terhadap pendirian China yang kekal memelihara perdagangan bebas dalam situasi sekarang serta menyeru pelbagai negara Asia bekerjasama dan saling menyokong untuk menghadapi unilateralisme dan perlindungan perdagangan yang muncul pada masa ini.
 

图片默认标题_fororder_somkid

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak ketika menghadiri Mesyuarat Interaksi Kerjasama Ekonomi Perdagangan China (Guangdong)-Thailand di Bongkok menyatakan, tindakan yang menentang globalisasi, menentang perdagangan bebas dan mereka-reka sekatan perdagangan mulai kelihatan di dunia pada masa ini. Khalayak umum dari pelbagai negara termasuk Thailand, berasa bimbang. Somkid menyatakan, dalam suasana yang tidakpasti, negara-negara Asia harus meningkatkan interaksi dan kerjasama, saling menyokong dan bersatu-padu untuk membangunkan ekonomi Asia yang kuat.

图片默认标题_fororder_1124614968_15603503813051n


Naib Menteri Perdagangan Thailand, Chutima Dumsuwan menganggap, dari segi pandangan jauh, tiada pemenang dalam perang perdagangan. Memandangkan China dan Amerika Syarikat (AS) adalah anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), masalah berkenaan sepatutnya diselesaikan melalui mekanisme persengketaan WTO. Beliau juga menyanjung pendirian China yang menyokong teguh perdagangan bebas serta berharap rundingan mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diselesaikan dengan seawal mungkin.

图片默认标题_fororder_1124614968_15603503813471n



Ketika menyentuh pergeseran ekonomi dan perdagangan antara China dan AS, Ketua Setiausaha Pejabat Koridor Ekonomi Timur Thailand menyatakan, Thailand dan ASEAN sentiasa menyokong perdagangan bebas. Tak kira AS yang mereka-reka halangan perdagangan sekarang ini, Thailand tetap menyokong China yang tidak berganjak dari pelaksanaan perdagangan bebas. 

曹捷