China Bantah “Teori Terbelah” China-AS

2019-06-13 13:34:41  CRI
Share with:
 
Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam telah membantah “teori terbelah” China-Amerika Syarikat (AS) yang disokong oleh sekelompok orang di AS. Tegas beliau, teori tersebut merupakan pemikiran “Perang Dingin” dipegang segelintir orang di AS. Hujah tersebut dikeluarkan oleh penyokong “permainan campur tolak” (zero-sum game) adalah amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab kerana membelakangi dasar kerjasama dan menang-menang hubungan China-AS, dan mengabaikan hasrat rakyat untuk mengekalkan pertukaran dan persahabatan yang rapat. Hujah yang tidak selaras dengan trend kemajuan pembangunan zaman ini tidak mungkin mendapat sokongan dan berhasil.
 
Segelintir orang di AS yang berpendapat China mendapatkan keuntungan lebihan dalam kerjasama ekonomi perdagangan kedua-dua pihak, mulai menggembar-gemburkan “teori terbelah” China-AS baru-baru ini.
 
Geng Shuang berkata, China dan AS sebagai dua entiti ekonomi terbesar di dunia memainkan peranan penting dalam rantai industri, pembekalan dan nilai global. Oleh itu, sekiranya China dan AS terbelah antara satu sama lain, rantai ekonomi dunia pasti terganggu, dan pengagihan industri global turut terjejas sehingga mencetuskan kekacauan dan pergolakan pasaran kewangan antarabangsa. Kejadian seumpama itu sudah tentu tidak diharapkan oleh sebarang pihak yang terlibat.
张宪