AS Semakin Terasing Akibat Klise Fitnah Pompeo

2019-06-13 12:54:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg (54)


Setiausaha Negara AS Mike Pompeo baru-baru ini kelihatan asyik menfitnah kerjasama China dengan negara-negara yang menyertai pembangunan bersama Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI), menfitnah kerjasama dengan syarikat China seperti Huawei menghadapi "risiko keselamatan" dan juga menyebarkan khabar angin mengenai Xinjiang China.
Pompeo bukan hanya mengulangi fitnah yang bermacam-macam terhadap China dalam tempoh lebih setahun yang lalu sejak menjawat jawatan Setiausaha Negara AS, bahkan mengeluarkan fitnah terhadap negara-negara yang lain termasuk negara sekutunya.

Di AS, terdapat sebahagian orang yang memegang konsep bahawa mesti menghalang dan menindas pembangunan China untuk mengekalkan kedudukan No.1 AS di dunia. Jelaslah, Pompeo adalah antara mereka yang memegang konsep esktrem seperti itu. Berdasarkan laporan media AS, Pompeo berniat menyertai kempen pemilihan Senator Negeri Kansas pada tahun 2020. Fitnah terhadap China berkemungkinan besar dijadikan kaedahnya untuk memperlihatkan imej yang gagah berani dan membantu mewujudkan ambisi politiknya.

Sebagai kuasa terbesar di dunia, AS memerlukan seorang diplomat yang profesional, bukanlah yang hanya tahu mengulangi klise fitnah terhadap China. AS ketakdiran akan menjadi semakin terasing akibat permainan Pompeo yang gila.

张弘