Sidang Tahunan AIIB Bakal Diadakan di Luxemburg

2019-06-13 12:51:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_16614e67-48d8-48c0-94a5-c4f495b4a6ba


Sidang Tahunan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) bakal diadakan di Luxemburg pada 12 hingga 13 Julai nanti. Ini merupakan kali pertama sidang tahunan AIIB diadakan di luar Asia.
Sidang tahunan kali ini bertemakan "kerjasama dan kesalinghubungan". Naib Presiden AIIB Danny Alexander semalam menyatakan di Beijing bahawa pihak berkenaan di Eropah telah memberi sokongan besar sepanjang penubuhan dan operasi AIIB. Beliau berharap agar kesalinghubungan antara Asia dengan Eropah ditingkatkan melalui peluang-peluang yang tersedia dalam sidang tahunan ini.
Menurut beliau, para wakil kerajaan, elit perniagaan, pertubuhan masyarakat serta sarjana dan pakar dari anggota-anggota Majlis AIIB akan memfokuskan beberapa topik dalam sidang tahunan tersebut, termasuk pelaburan dan kerjasama infrastruktur yang lestari.

张弘