Program Kerjasama Antarabangsa Pangkalan Angkasa Lepas China Diumumkan

2019-06-13 13:36:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_249f4cb1-2009-40fb-8a7f-729f08800ab6

 

Hasil pemilihan program kumpulan pertama dalam ujian saintifik angkasa anjuran pangkalan angkasa lepas China telah diumumkan oleh Jabatan Projek Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China dan Jabatan Hal Ehwal Luar Angkasa PBB (UNOOSA) di Vienna semalam.
 
Wakil Tetap China di PBB yang berpejabat di Vienna, Wang Qun berkata, China berharap menyampaikan isyarat positif bahawa China adalah terbuka dan sudi bekerjasama demi menang-menang melalui tindakan pragmatik. Menurut beliau, misi angkasa lepas pembawa angkasawan di China adalah untuk menggunakan angkasa lepas secara aman dan mendatangkan manfaat kepada seluruh warga bumi. 
Pengarah Jabatan UNOOSA, Simonetta Di Pippo menyatakan bahawa tindakan China ini telah mendorong kerjasama antarabangsa dalam bidang penerbangan pembawa angkasawan, menjadikan lebih banyak negara berpeluang menyertai pengajian teknikal angkasa lepas membawa angkasawan, dan dilihat sebagai sokongan kuat terhadap pencapaian matlamat pembangunan berterusan 2030 PBB.
 
Pangkalan angkasa lepas China dibuka kepada semua negara, pertubuhan dan entiti swasta, sedangkan ahli sains seluruh dunia diberi peluang untuk menjalankan ujian saintifik dalam pangkalan tersebut. Setelah kerja pemilihan selama hampir setahun, sebanyak 9 buah program daripada 17 buah negara dan 23 entiti telah dipilih menjadi program ujian saintifik kumpulan pertama di pangkalan angkasa lepas China.
张宪