Xi Jinping: China, India Terus Rapatkan Hubungan Rakan Pembangunan Bersama

2019-06-14 14:39:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_2e8fe4b2-c11c-4fa9-b86b-687daedbb911

Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Bishkek semalam menyatakan bahawa China dan India merupakan dua negara pasaran baharu yang populasinya berjumlah sebilion ke atas di dunia. China bersedia berusaha bersama-sama dengan India untuk terus merapatkan hubungan rakan pembangunan. Tegas Xi, kedua-dua negara perlu saling menyediakan peluang pembangunan, tidak menjadi ancaman antara satu sama lain, terus memperluas kerjasama, meningkatkan kesalingpercayaan, dan melindungi kebebasan perdagangan dan fahaman multilateral serta hak pembangunan bagi negara-negara membangun. 

Modi pula berkata, India bersedia mengekalkan pertukaran peringkat tinggi yang rapat dengan China, meningkatkan interaksi strategik, mendorong perkembangan hubungan bilateral dalam pelbagai bidang, dan bersungguh-sungguh menangani perselisihan antara kedua-dua negara.

张宪