Kolej Kesenian ASEAN, Wahana Pendidikan Kesenian Bercirikan Asia Tenggara

2019-06-14 13:36:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_6ba342b3-2388-41e6-ba66-cd593661f147

Seramai lebih 700 siswa-siswi China dan 176 pelajar dari lebih 30 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos dan Filipina memilih melanjutkan pengajian di Kolej Kesenian ASEAN (CCAA) Universiti Chengdu yang beroperasi pada bulan September tahun 2018 secara rasmi. CCAA bertujuan membangunkan diri sebagai satu wahana pendidikan sumber kesenian dan pertukaran kebudayaan serta kesenian yang bercirikan negara ASEAN.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_6560d0ad-eebc-49fa-9e77-485c318ec24f


Wong Kie Ming, dari Sibu, Sarawak, Malaysia yang tamat dari fakulti vokal klasik Universiti Malaya, sekarang sedang mengikuti pembelajaran persembahan muzik untuk mendapat sijil pascasiswazah. Ketika membicarakan sebabnya datang ke China, beliau menyatakan terutamanya kerana CCAA mempunyai pensyarah asing yang juga pemuzik terkenal di arena antarabangsa dan CCAA menawarkan biasiswa kepada sesetengah pelajar dari luar negara.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_332935ec-558d-4fd2-b4f5-319a394b2cf1


Tan Miaw Yi yang datang dari Batu Pahat, Johor, Malaysia adalah mahasiswi fakulti animasi tahun pertama CCAA. Dia hendak mempelajari CG atau animasi 3D, dan berharap dapat mencari peluang pekerjaan di Chengdu selepas tamat dari universiti.

Menurut maklumat berkenaan, CCAA telah menganjurkan Bulan Pertukaran Kesenian Antarabangsa pada November tahun lalu, yang diserikan dengan konsert, pameran dan kursus maestro yang melibatkan penyertaan kumpulan kesenian dan artis terkenal dari luar negara. Pada tahun ini, CCAA merancang akan mengatur kumpulan kesenian China mengadakan aktiviti pertukaran termasuk persembahan dan pertandingan karya di negara lain terutamanya di negara ASEAN. 

曹捷