China, Kazakhstan Tingkatkan Kerjasama demi Kesejahteraan Rakyat

2019-06-14 13:17:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124620348_15604377448281n

Presiden China, Xi Jinping menemui rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassim Jomart Tokayev di Bishkek semalam.


Presiden Xi menegaskan, China dan Kazakhstan mempunyai dasar yang kukuh, tujuan yang jelas dan langkah yang mantap dalam melaksanakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Kedua-dua pihak diharap memegang hala tuju kerjasama dengan teguh, mengintensifkan penyelarasan antara koridor ekonomi Jalan Sutera (China)dengan dasar ekonomi baharu "Jalan Cahaya" (Kazakhstan), supaya menjadikan kerjasama bilateral yang luas boleh membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara bahkan serantau. Kedua-dua pihak juga dikehendaki memudahkan perdagangan dan pelaburan dengan akitf, merancakkan kerjasama dalam bidang kapasiti industri, pertanian, teknologi tinggi, kawangan, logistik serta antara daerah, dan terus mencari penggerak baharu bagi mendorong kerjasama berkenaan. Selain itu, juga perlu berusaha meningkatkan persefahaman antara rakyat terutamanya antara golong belia kedua-dua negara. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Kazakhstan dalam rangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Langkah Pembinaan Interaksi dan Keyakinan di Asia (CICA) untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada usaha menggalakkan keselamatan dan pembangunan serantau.

Tokayev pula menyatakan, mengembangkan hubungan dengan China tetap merupakan bidang utama dalam dasar luar negaranya. Ini penting bagi pembangunan Kazakhstan dan kestabilan serta kemakmuran serantau, dan juga selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara. Kazakhstan komited kepada usaha mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif dengan China, bersedia memelihara pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, dan meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pengangkutan, logistik dan ekonomi digital di samping mengeratkan penyelerasan pelbagai hala.

图片默认标题_fororder_1124620348_15604377448971n

曹捷