Lawatan Xi Buka Lembaran Baharu bagi Pembentukan Hubungan Antarabangsa Jenis Baharu

2019-06-16 15:51:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124625355_15605355242921n


Bermula 12 hingga 16 Jun ini, Presiden China Xi Jinping telah melawat Kirghizstan dan Tajikistan serta menghadiri sidang ke-19 Majlis Pemimpin Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) serta Sidang Kemuncak Tindakan Pembinaan Interaksi dan Kepercayaan Asia (CICA)Ke-5.

Menteri Luar China Wang Yi menyifatkan lawatan Presiden Xi ini langkah penting China bagi terus menggalakkan penjalinan perkongsian sejagat, pembangunan bersama Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI) serta memelihara kedamaidan dan kestabilan dunia. Matlamat yang terkandung dalam jadual lawatannya tercapai dan hasilnya melimpah.

图片默认标题_fororder_1124625355_15605336541721n

China yang telah memeterai dokumen pembangunan bersama BRI dengan majoriti anggota SCO dan CICA, giat menyelaraskan pelaksanaan strategi pembangunan dengan negara-negara terbabit dan berturut-turut membuahkan hasil dalam kerjasama berkenaan. Dalam rangka lawatan kali ini, Presiden Xi telah mencapai persepakatan luas dengan pemimpin pelbagai negara mengenai pelaksanaan hasil yang tercapai dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R (BRF) kedua, mempercepat kesalinghubungan serantau serta meningkatkan taraf pembangunan dan kerjasama. Ini menyuntik tenaga baharu bagi pembangunan bersama BRI yang berkualiti tinggi.

图片默认标题_fororder_1124628088_15606179226811n

Wang Yi menyatakan bahawa SCO dan CICA platform penting bagi China. Lawatan Presiden Xi kali ini jelas memperlihatkan bahawa China sebagai anggota sekeluarga Asia dan kausa besar yang bertanggungjawab, sama sekali tidak berganjak dari memilih jalan pembangunan yang damai, melaksanakan keterbukaan yang saling menguntungkan, melaksanakan multilateralisme, terus menyumbang kepada kedamaian dunia, pembangunan sejagat dan ketertiban antarabangsa, dan berusaha membentuk hubungan antarabangsa jenis baharu serta komuniti berkongsi nasib sesama insan.

张弘