Mekanisme Saling Hubung Bursa Shanghai-London Dilancar

2019-06-18 14:27:40  CRI
Share with:

Selepas persiapan selama hampir empat tahun, mekanisme kesalinghubungan bursa saham Shanghai dan London dilancarkan secara rasmi semalam.

Ini langkah penting bagi mewujudkan keterbukaan dua hala pasaran modal China, juga kondusif bagi perkembangan pasaran berkenaan di China dan Britain.

Mekanisme ditubuhkan hasil saranan daripada Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-7 yang diadakan pada September 2015, membolehkan syarikat tersenarai yang layak mengeluarkan Resit Depositori (Depository Receipt - DR) dan berurus niaga di pasaran satu sama lain.

Sebagai salah satu inisiatif pembaharuan dan keterbukaan pasaran modal China, mekanisme tersebut turut membuka saluran baharu bagi pelabur dan syarikat domestik melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa.

Pelancarannya sama penting kepada pelabur antarabangsa dan pasaran modal Britain, yang akan mendapat peluang langsung untuk menanam modal terhadap syarikat berprestij yang tersenarai dan berkongsi hasil pembangunan mereka.

Berlatarbelakangkan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah, mekanisme terbabit signifikan untuk Bursa Saham London (LSE) memperkukuh kedudukannya selaku bursa terbesar Eropah dan London sebagai hab kewangan antarabangsa.

Pada hari yang sama, Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-10 berlangsung di London. Kedua-dua pihak membincangkan situasi ekonomi makro, tadbir urus ekonomi global, kerjasama pelaburan dan perdagangan utama, kerjasama kewangan, serta kerjasama strategik dan melibatkan bidang baharu.

Mekanisme kesalinghubungan bursa dipercayai akan mempergiat kerjasama kewangan China dan Britain, di samping menaiktarafkan "zaman keemasan" hubungan kedua-dua negara.

覃淼