Lagi Langkah Buka Pasaran Modal Asing

2019-06-18 13:31:48  CRI
Share with:

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China sedang menjalankan semakan terhadap senarai negatif akses modal asing dan katalog industri-industri yang menggalakkan kemasukan pelaburan asing.

Jurucakap NDRC, Meng Wei dalam satu taklimat rutin semalam memaklumkan, sekatan di luar senarai negatif tersebut akan dibatalkan seluruhnya sebelum hujung tahun ini.

Menurutnya, pindaan tersebut berdasarkan prinsip bahawa China akan terus memperluas keterbukaan, mencipta iklim pelaburan yang lebih terbuka dan mesra, meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan pelabur asing, serta mengalu-alukan pelabur asing menanam modal di negara ini.

覃淼