China Sokong Peranan PBB

2019-06-18 17:02:39  CRI
Share with:

Hal ehwal global memerlukan muafakat semua negara di dunia, kata Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan Pengerusi Perhimpunan Agung ke-73 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), María Fernanda Espinosa di Beijing pagi semalam. 

Li berkata, masyarakat antarabangsa hendaklah menjaga status dan peranan PBB, menjunjung prinsip Piagam PBB, melindungi keadilan dan kesamarataan, serta bersama-sama menghadapi cabaran bagi mewujudkan kerjasama yang saling menguntungkan. 

Katanya, China akan terus mempertahankan sistem antarabangsa yang berteraskan PBB, memelihara order antarabangsa dan multilateralisme yang berasaskan undang-undang antarabangsa, di samping menunaikan kewajipan agar menyumbang kepada kedamaian, pembangunan dan kemakmuran berkekalan serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Espinosa pula berkata, PBB komited bersama-sama semua pihak memelihara multilateralisme dan order antarabangsa demi manfaat rakyat sedunia.

徐国玮