Kritikan AS tentang Xinjiang Tidak Munasabah

2019-06-18 17:03:21  CRI
Share with:

Ujaran pihak Amerika Syarikat (AS) mengenai lawatan pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Xinjiang, serta tuduhan melulu yang dilemparkan kepada China dan PBB telah dikritik sebagai perbuatan yang sia-sia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam menyatakan, AS telah mencemar nama baik kerajaan China berhubung dasarnya mengenai Xinjiang, malah mencampur tangan dalam urusan domestik negara ini. 

Pada 13 hingga 15 Jun lalu, Naib Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Antikeganasan, Vladimir Ivanovich Voronkov mengadakan lawatan ke China, dan meninjau Xinjiang untuk mengetahui usaha membasmi ekstremisme di wilayah itu. 

Timbalan Setiausaha Negara AS, John Sullivan bagaimanapun mendakwa lawatan tersebut "tidak sesuai", pernyataan yang disifatkan sebagai hipokrit dan tidak munasabah.

徐国玮